Sabak Bernam adalah sebuah daerah yang terletak di daerah utara Negeri Selangor. Sabak Bernam juga adalah daerah yang terbesar di negeri Selangor. Daerah ini mempunyai penduduk dalam lingkugan kurangan 10 000 orang. Penduduk-penduduk di daerah ini kebanyakkan menjalankan aktiviti pertanian sebagai sumber pendapat. Daerah ini juga antara pengeluar padi terbesar di negeri Selangor.
Selain padi negeri Selangor juga mempunyai pertanian lain seperti kelapa sawait dan kelapa. Walaubagaimanapun pada era 1990 an dulu kanak-kanak atau orang dewasa daerah ini mengisi masa lapang dengan bermain permainan tradisional seperti congkak, batu seremban, galah panjang, konda kondi, baling seliper dan sebagainya. Setiap permainan ini mempunyai musim dan bermain dalam keadaan berulang-ulang. Secara tidak langsung mereka dapat bermain dan dalam masa yang sama mereka tidak berasa bosan untk bermain. Walaubagaimanapun daerah Sabak Bernam ini juga menerima pembanggunan dan permainan ini telah dilupai oleh kanak-kanak di kawasan ini. Mereka lebih berminat untuk duduk dirumah bermain dengan peralatan modern seperti video game, game PC dan sebagainya. Keadaan ini membuatkan mereka hanya tertumpu pada di rumah sahaja berbanding bergaul dengan masyarakat. Selain itu juga sekatan daripada keluarga untuk melarang mereka keluar rumah untuk bermain kerana takut akan keselamatan anak-anak mereka. Ini akan meyebabkan mereka hanya akan tahu perkara di rumah sahaja. Bahkan ada kanak-kanak sekarang ini tidak tahu bermain permainan ini malah mereka juga tidak kenal dengan permainan ini. Oleh itu di sini saya akan menerangkan 2 permainan tradisional yang popular satu masa dahulu iaitu “ KONDA-KONDI” dan “BALING SELIPAR” |
pelawat dihormati |