Konda-kondi adalah permainan tradisional orang melayu pada suatu ketika dahulu. Permainan ini bermula di Melaka dan berkembang ke negeri-negeri di seluruh Malaysia. Permainan ini menjadi popular dikalangan kanak-kanak lelaki berbangsa melayu sahaja. Permainan ini juga dimainkan ketika mereka mengisi masa lapang setelah pulang dari sekolah.
Perminan konda kondi ini adalah permainan yang memerlukan penggunaan akal fikiran dan kekuatan ketika bermain. Hal ini kerana permain perlu membuat songketan kayu tanpa pihak lawan menangkap kayu tersebut. Ini bagi mengelakkan mereka mati atau giliran mereka telah tamat. Permainan ini juga boleh di mainkan dalam kuantiti permain yang sedikit ataupun ramai. Konda-kondi ini juga dikenali sebagai perik mata.
Walaubagaimanapun permainan ini tidak boleh pergi jauh kerana sifat komersialnya kurang berbanding permaianan yang lain seperti bola sepak, PC game ataupun badminton. Tidak mustahil juga bahawa permainan ini akan dilupai mengikut arus perubahan zaman. sekarang juga kita dapat lihat bagaimana permainan ini sudah dilupai oleh generasi muda pada masa kini. walaubagaimanapun permainan ini sering dimainkan ketika majlis-majlis sukan rakyat diadakan.